Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Thursday, 5 January 2012

DIY : Kad Kahwin 1

Jeng..Jeng..Jeng..

Ha..Topik ni mesti korang suka kan..yela kad kahwin ni memang paling penting..jarang la dengar kalau orang tak buat kad kahwin..banyak juga DIY kad kahwin ni kalau korang search dengan Mr. Google ni..Hari ni Hani nak cerita pasal kad kahwin yang dibuat sendiri oleh Puan Hidayu kita (Puan Hidayu Punya Blog).

Puan Hidayu kita ni mintak tolong kawan dia, En. Hamli designkan kad dia ni. Dia gunakan Adobe Photoshop tuk buat kad ni dan juga Adobe Illustrator untuk buat peta. 



Kad dia sangat simple tapi sangat cantek k. Untung Puan Hidayu kita dapat kawan macam En. Hamli dapat la design free. Tapi kalau korang ada kawan yang pandai mintak la tolong dari dia orang..boleh dapat free..sponser katekan..hehe. Tapi kalau sape-sape yang tak ada macam Hani ni boleh la mintak tolong dengan En. Hamli (email: hamli@jkr.gov.my) ni juga. Dia dengan suka rela sanggup menolong tapi dengan bayaran RM 50 la. Tapi kalau buat kira-kira balik dah jimat tu. Cuba tengak kira-kira yang telah dibuat oleh Puan Dayu kita kat bawah ni.


KOS SEMUA (tak termasuk pengangkutan korang ok)

1) Kertas 230 gm + 250 gm                     = RM 86
2) Sampul kad , kaler cream (1000 keping) = RM 70
3) Riben (10 rolls)                                 = RM 11
4) Upah Design                                    = RM 50

Jadi total semua = (RM 86 + RM 70 + RM11 + RM50) bahagi 1000 = RM 0.22 sekeping


Jimat tak??? Sangat2. Puan Dayu kita ni cakap kalau nak murah kertas boleh cari dekat Brickfield. Kalau korang tau tempat-tempat lain sila la share ye. Kalau korang minat korang boleh cuba.



Apa pun tq Puan Dayu coz sudi kongsi macam mana dia buat kad kahwin dia yang cun ni. Semoga bahagia selalu.

Tuesday, 3 January 2012

DIY : Paper bag 1

Bag kertas ni macam dah jadi satu trend bagi siapa-siapa yang nak save bajet tuk kahwin or ape-ape even jelah. Hani pun plan nak guna paper bag juga. Save and Sweet. Laman web http://www.betsywhite.com/ ada banyak idea pasal wedding tapi topic kita pasal paper bag kan so kita fokus pada paper bag ye. So hari ni Hani petik DIY dari http://www.betsywhite.com/ hasil dari blogwalking Hani.



Simple kan? tapi cantek..senang pun senang..



First, apa yang diperlukan mestilah paper bag, ikut suka korang la paper bag macam mane, warna ape, atas citarasa masing-masing. Dalam website ni dia sediakan template seperti kat atas tu. Tunggu korang download and print je. Dah siap boleh potong and gamkan. Senangkan?

. JIMAT . MUDAH . CUN .

Template tu korang boleh dapatkan kat sini. Template ni ada warna merah, hitam & kuning, atas pilihan korang la nak warna apa. Kalau yang nak kahwin boleh ikut tema masing-masing. Kalau susah nak pilih pakai je yang hitam putih macam kat bawah ni. Hasilnya dapat la paper bag yang cun melecun tu macam kat atas and kat bawah ni.

Pada siapa yang berminat selamat mencuba.



P/S: Nanti akan menyusul DIY : Paper Bag 2 ye wahai sahabat-sahabat.

Terima Kasih. Nanti Free Hani Melawat Blog Korang ok..