Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Friday, 12 October 2012

Senarai Semak Persiapan Perkahwinan


SENARAI SEMAK PERSIAPAN PERKAHWINAN:-

MERISIK -> PERTUNANG -> MALAM BERINAI -> PERKAHWINAN -> PERSANDINGAN -> BERTANDANG


MERISIK:

•Cincin belah rotan (cincin tanda)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
 
PERTUNANGAN:

•Cincin berlian
•Hiasan rumah, pakaian pertunangan & makanan serta jemputan
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:

•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
 
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

PERKAHWINAN

EVENT DETAILS
 
Menentukan tarikh, masa, tempat, bilangan tetamu dan tema bagi setiap majlis yang akan diadakan: 
  • Nikah
  • Resepsi
  • Bertandang
8 - 6 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
5 - 4 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  2. Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  3. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang
  4. Membeli cincin nikah untuk lelaki.
  5. Tempah caterer & menu.
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.
  7. Tempah pelamin.
  8. Tempah DJ & karaoke.
  9. Tempah kompang.
  10. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
  11. Beli/tempah baju family.
  12. Beli bunga telur/bunga pahar.
  13. Beli bunga manggar.
  14. Tempah kek atau nasi kunyit.
  15. Beli/tempah doorgift.
  16. Tempah henna/inai
  17. Sediakan aturcara majlis.
  18. Sediakan pembahagian tugas.
Bagi pengantin lelaki:
  1. Facial/body treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.  
  2. Facial/body treatment
3 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
  2. Tempah banner/bunting.
  3. Tempah signage.
  4. Tempah poster.
  5. Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. 
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital. 
  7. Hantar/sediakan legal documents:
    • Kursus kahwin
    • HIV Test
    • Borang Kebenaran Nikah
  8. Pre-wedding photoshoot+save the date video
Bagi pengantin lelaki:
  1. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  3. Facial/body treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
  3. Intensive facial/body treatment.
  4. Tempah band.

  5. Buat I/C baru, tukar alamat
  6. Buat passport.
  7. Beli cadar bilik pengantin & deco.
  8. Beli button badge untuk family.
2 - 1 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


  1. Membeli barang kemas.
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. 
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Tempah candy buffet untuk resepsi.
  2. Photobooth corner.
3 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
  3. Sediakan guestbook corner.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
  2. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.
2 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


  1. Normal facial
  2. Hias bilik tidur pengantin.
  3. Dental treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Full face threading
3 - 1 HARI SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


  1. Pasang pelamin.
  2. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran
  3. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
  4. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
  5. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
  6. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Pedicure/manicure.
  10. Pakai henna/inai
Bagi pengantin lelaki:
  1. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan. 
Bagi pengantin perempuan:
  1. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  2. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERKAHWINAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan: 
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:

  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:

  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Thursday, 11 October 2012

Kesilapan Mendidik Anak-anak

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata; Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan pertama : Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
1. menakutkan anak-anak dengan sekolah
2. menakutkan dengan tempat gelap
3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan kesembilan : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Kesilapan kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Oleh itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, kerana hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Amalan Untuk Ibu Mengandung

Asalamualaikum semua..

Saat paling happy bila kita dapat tahu kita tengah mengandung. Hanya Allah saja yang tahu betapa berharganya anugerah yang DIA beri ni. Jadi jangan la kita sia-siakan. Didiklah dia dari dalam perut kita lagi. InsyaAllah berkat usaha dan amalam-amalan kita, dia akan menjadi insan berguna. InsyaAllah.

Antara amalan-amalan yang perlu diamalkan:-

1. Bertaubat, Beristighfar dan Berzikir
Hani amalkan ayat kursi. Alhamdulillah masa awal-awal mengandung memang banyak cabaran sebab banyak kene travel. Alhandulillah berkat izinNYA kami selamat. Amalan ni InsyaAllah akan berikan kekuatan jiwa, akal dan fikiran.

2. Doa
Doa adalah senjata orang Islam jadi berdoalah. Tak semestinya lepas solat je kita doa, walau dimana pun kita berada doalah peneman hidup kita. Doa ni bukan untuk ibu sahaja, bapa pun kene doa jua. Sambil doa sambil letak tangan dekat baby. Masa isteri nak melahirkan anak, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri. InsyaAllah.
Ibu yang hamil digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Ibnu sunni meriwayatkan : 
Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

  Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ {87}  
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 


Lain-lain doa:-
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

5. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
6. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)

3. Puasa Sunat
Kalau mampu buatlah. Suami pun digalakkan. Nabi Zakaria pun puasa sunat 3hari sebelum Allah kurniakan dia anak. Puasa sunat dapat menjaga mulut dan maruah keluarga kita.

4. Solat
Yang wajib jangan tak buat pulak cuma tambahkan lagi dengan yang sunat. Kalau boleh solat dengan suami. Perbanyakkan solat sunat hajat dan taubat. Moga dipermudahkan dalam segala urusan. InsyaAllah.

5. Membaca Al-Quran


Ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Surah Yusuf - Baik rupa paras mahupun akhlak
Surah Maryam - Senang nak melahirkan anak
Surah Luqman
- Untuk anak yang pintar dan cerdas akal fikirannya
Surah Yaasin
- Untuk anak yang teguh hatinya dan susah nak terpengaruh dengan maksiat
Surah Al-Hujurat
- Untuk memperbanyakkan susu ibu

6. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya
Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunat, sentiasa menutup aurat. Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disnnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Jangan lupa besedekah. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat. 

7. Berakhlak yang baik. 
Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

  • Sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
  • Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam Keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba 
  • Mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
  • Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
  • Jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
  • Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
  • Bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
  • Cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
  • Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat.
  • Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
  • Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil



  • Menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
  • Menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji
  • Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
  • Jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
  • Hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
  • Apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
  • Berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
  • Jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
  • Jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
  • Jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
  • Jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

  • 8. Baca buku-buku berilmiah.
    Perbanyakkan menbaca. Anak dah boleh faham segalanya masa dalam kandungan lagi. Banyakkan menbaca tak kira buku ape pun sebab ia akan mendidik minda anak di dalam kandungan.

    9. Berbual-bual dengan bayi.
    Selalu berbual-bual dengan dia sebab dia memahami apa yang kita rasa. Bapa pun memainkan peranan yang penting. Selalulah usap-usap perut tu. Cakap perkara yang baik-baik. Jangan ceritakan perkara yang tak baik pulak pada baby tu.

    10. Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman.
    Jangan malas ok. Senaman adalah peting untuk ibu mengandung tapi janganlah berlebihan pulak. Buat sekadar mampu. Petang-petang ajak suami teman pusing-pusing taman. Senaman ni adalah untuk elakkan urat kita tegang dan memudahkan ibu masa nak lahirkan anak nanti.

    11. Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya.
    Pastikan segala yg kita makan adalah HALAL dan juga tinggalkan yang SYUBHAH. Pemakanan yang kita makan masa mengandung inilah yang akan menjadi darah daging anak-anak. Pastikan anda makan makanan yg baik-baik sepanjang mengandung. Makan mengikut khasiatnya bukan mengikut nafsu ya. Amalkan makan kurma, kekacang, kismis dan susu. InsyaAllah anak akan mudah di didik.

    12. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
    Kalau berkesempatan pergilah. Majlis ilmu ni tak semestinya kne pergi masjid or surau. Dengar melalui radio, tv pun dikira menghadiri majlis ilmu.

    Itu sahaja amalan yang boleh Hani kongsikan. Sama-samalah kita amalkan. InsyaAllah.

    Tuesday, 9 October 2012

    SENARAI SEMAK BARANG-BARANG IBU & BABY

    Salam semua..

    Hari tu Hani janji nak masukkan checklist untuk barang-barang ibu & baby. Barang-barang yang penting dah kne get ready masa kandungan 7 bulan sebab ibu-ibu mengandung dah boleh lahirkan anak time ni. Kat bawah ni adalah senarai semak ibu & anak yang Hani janji nak post dari hari tu lagi.

    Jom semak!!!

     Untuk Ibu ke hospital
    • Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
    • Kad Pengenalan
    • Telefon Bimbit
    • Baju (2 helai)
    • Stokin (2 pasang)
    • Kain Batik (2 helai)
    • Bra (3 helai)
    • Disposable Panties (5helai) 
    • Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
    • Tuala Mandi
    • Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
    • Selipar (1pasang)
    • Kamera
    • Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
    • Termos Air Panas
    • Bag Plastik
    • Baju Sejuk-(1 helai)
    • Sikat
    • Breast Pad (4 pair)
    • Nursing Bra (2 helai)

    Untuk Bayi ke hospital
    • Baby Diapers (14 keping)
    • Baju (3 helai)
    • Minyak Telon
    • Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
    • Tuala Mandi (1 helai)
    • Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
    • Peralatan Mandi
    • Selimut/Bedung (3 helai)
    • Barut (4 helai)
    • Topi (1 helai)

    Berpantang (Untuk Ibu)
    • Set Berpantang
    • Stokin
    • Baju Sejuk 
    • Selipar
    • Kain Batik 
    • Bengkung 
    • Maternity Pad
    • Pad Biasa
    • Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
    • Minyak Angin/Urut
    • Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick,  Susu, Biskut, Roti)
    • Tukang Urut

    Baby Gear 
    • Baju- Lengan Pendek (5 helai)
    • Baju- Lengan Panjang (5 helai)
    • Rompers (5 helai)
    • Seluar- Pendek (5 helai) 
    • Seluar- Panjang(5 helai) 
    • Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)
    • Baby Bip (1 helai) 
    • Sapu Tangan (5 helai/set) 
    • Barut
    • Topi

    Diapering
    • Napkin (1 pek) 
    • Lampin Pakai Buang (1 pek dulu takut baby besar) 
    • Safety Pin
    • Changing Mat
    • Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian bayi

    Baby Care & Grooming
    • Losyen Bayi 
    • Wet Tissue
    • Sikat 
    • Putik Kapas (Cotton Bud)
    • Pengepit Kuku (Nail Clipper)
    • Nasal Aspirator (untuk selsema)
    • Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
    • Minyak Telon
    • Cotton
    • Diaper Cream 
    • Beg Baby

    Nursering
    • Selimut 
    • Bedding set
    • Katil Bayi
    • Dimple Pillow
    • Kelambu
    • Bakul Baju Kotor
    • Almari Baby 
    • Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)

    Feeding 
    • Botol saiz S (2 botol)
    • Puting Botol Susu (2 pieces)
    • Berus Pembersih Botol 
    • Nipple Cream
    • Nursing Pad Washable (2 pairs)
    • Nursing Pad Disposal (2 kotak)
    • Shield collector
    • Breast Pump
    • Cooler Bag
    • Breast Milk Storage Bottle
    • Breast milk storage
    • Nursing Pillow
    • Termos
    • Cecair Pencuci Botol
    • Dyring Rack

    Travelling
    • Beg Bayi 
    • Baby Sling 
    • Stroller

    Bathing 
    • Tuala 
    • Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang 
    • Sabun Mandi

    Extra 
    • Penyangkut Baju Bulat Kecil
    • Penyangkut Baju Bulat 
    • Penyangkut Kecil
    • Bekas Spray Air 
    Ni lah antara barang-barang yang perlu..kalau rasa tak perlu so jangan beli..elakkan pembaziran..ada sesetengah barang boleh beli time baby dah kuar..so pandai-pandai la berjimat. Apepun selamat bershopping!!!

    *checklist ni Hani amik dekat sini, so korang boleh la search blog dia =)

    Tuesday, 4 September 2012

    PENGALAMAN MOM TO BE!!!

    Assalamualaikum..

    Setelah lebih kurang 8 bulan menyepi akhirnya hani muncul kembali..mana tak nye..sejak kawen macam2 perkara berlaku..Hani dapat interview kerja dgn gov..lepas tu balik klang Hani dapat tahu Hani pregnant..lepas tu tup3 dapat kerja..Alhamdulillah..rezeki baby..so get ready pindah dari Klang ke Kemaman..for 1 month terpaksa menumpang rumah mak saudara..lepas dapat rumah sewa baru la lega sikit sebab tak menyusahkan orang..sekarang baru la boleh berbloging semula..


    Pengalaman Trimester Pertama (0-12 minggu)

    Mula-mula masa tak tahu lagi tengah pregnant memang banyak perangai2 pelik keluar..masa dekat ofis selalu je panas la..tak leh nk bau itu la ini la..nak minum air tin la..yang paling menyeksakan kaki owez krem..perghhh..memang sakit gila..sampai la mak mertua datang dia yang tolong urut kan kaki..baru la lega sikit..

    Lepas tu tunggu la period yg tak datang2 sampai ke sudah..mula-mula tak nk test lagi pregnant sbb takut period lewat tapi disebabkan minggu depannya kena outstation ke Tasyik Kenyir pergi la juga beli pregnancy test..yela takut juga ada baby kat dalam perut dah la nk pergi tasik kenyir tu kena naik bot bagai..

    1st masa nak beli pregnancy test tu memang lawak..duk ulang alik depan farmasi lepas dah confident baru masuk pastu mula la tye jurujual pregnancy test tu macam mana..balik-balik umah hubby terus suruh pergi test..masa tu Hani duk ulang alik depan pintu toilet umah..haha..takut juga kita mengharap tup3 xade..last2 redah jela..kalau ada rezeki..Alhamdulillah positif..hubby orang yang paling happy sekali..

    Lepas tu bermula lah alahan yang teruk..yang jadi mangsa hubby..haha..tapi tq sangat2 kat dia coz owez memahami..rakan-rakan sekerja pun sangat memahami..owez pergi kerja lewat sbb setiap kali pagi kompem muntah2 dulu..memang seksa tapi suka..pengalaman yang sangat manis..and time ni la nak tengak husband kita caring ke tak..baju dia basuh n jemur..masak pun dia..basuh pinggan mangkuk pun dia..senang cerita dia lah suri rumah..tq my hubby..luv u so much..


    Pengalaman Trimester Kedua (13-24 minggu)

    Dah masuk 2nd trimester ni, alahan slow2 dah kurang..tapi tup3 dapat kerja dekat Kemaman..pindah la ke Kemaman sorang diri..tapi Alhamdulillah..Allah itu Maha Adil..bila duduk jauh dengan hubby alahan pun dah kurang..dah boleh jaga diri sikit2..makan pun dah slow2 boleh..hidup berdikari dengan baby..memang penat tapi owez dipermudahkanNya..Alhamdulillah..Mintak2 bila baby keluar dia pun boleh berdikari mcm ummi dia ni..


    Pengalaman Trimester Ketiga (25-40 minggu)

    Masa ni dah boleh rasa baby aktif sangat2..dia menendang..dia pusing..memang excited sangat2..tak sabar nak jumpa hubby..nak suruh dia rasa baby menendang..hubby memang excited sangat2..sampai je kat Kemaman terus kami pergi scan baby..hubby asyik duk tanya itu ini dekat doktor sampai letih doktor menjawab..nak buat macam mana 1st baby katakan..n hasil dari scan it's BOY!!! Alhamdulillah..syukur pada mu ya Allah..

    Time ni la excited nak beli barang2 baby..itu ini..check list mesti ada..nanti Hani masukkan Check List untuk barangan baby k..nanti sape2 yang tengah pregnant tu boleh la rujuk..memang banyak..tapi kami tak nak terlalu boros..beli apa yang perlu je..sebab duit dah banyak keluar sbb masing2 duduk jauh jadi mmg banyak duit nak kena pakai..

    Raya hari tu dah masuk tujuh bulan so belah lelaki buat lenggang perut untuk Hani..Lenggang perut ni istilah orang dulu2..bukan lenggang perut pun tapi buat solat hajat n kesyukuran mintak selamat semuanya..Alhamdulillah selesai semuanya..sekarang cuma tinggal cukupkan kelengkapan baby n membilang bulan untuk cuti bersalin..InsyaAllah..Minta dipermudahkan olehNya..Amin..


    Next entry: check list barangan baby dan amalan yang harus dilakukan ketika mengandung.


    Terima Kasih. Nanti Free Hani Melawat Blog Korang ok..