Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Thursday, 11 October 2012

Amalan Untuk Ibu Mengandung

Asalamualaikum semua..

Saat paling happy bila kita dapat tahu kita tengah mengandung. Hanya Allah saja yang tahu betapa berharganya anugerah yang DIA beri ni. Jadi jangan la kita sia-siakan. Didiklah dia dari dalam perut kita lagi. InsyaAllah berkat usaha dan amalam-amalan kita, dia akan menjadi insan berguna. InsyaAllah.

Antara amalan-amalan yang perlu diamalkan:-

1. Bertaubat, Beristighfar dan Berzikir
Hani amalkan ayat kursi. Alhamdulillah masa awal-awal mengandung memang banyak cabaran sebab banyak kene travel. Alhandulillah berkat izinNYA kami selamat. Amalan ni InsyaAllah akan berikan kekuatan jiwa, akal dan fikiran.

2. Doa
Doa adalah senjata orang Islam jadi berdoalah. Tak semestinya lepas solat je kita doa, walau dimana pun kita berada doalah peneman hidup kita. Doa ni bukan untuk ibu sahaja, bapa pun kene doa jua. Sambil doa sambil letak tangan dekat baby. Masa isteri nak melahirkan anak, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri. InsyaAllah.
Ibu yang hamil digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Ibnu sunni meriwayatkan : 
Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}  
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 


Lain-lain doa:-
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

5. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
6. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)

3. Puasa Sunat
Kalau mampu buatlah. Suami pun digalakkan. Nabi Zakaria pun puasa sunat 3hari sebelum Allah kurniakan dia anak. Puasa sunat dapat menjaga mulut dan maruah keluarga kita.

4. Solat
Yang wajib jangan tak buat pulak cuma tambahkan lagi dengan yang sunat. Kalau boleh solat dengan suami. Perbanyakkan solat sunat hajat dan taubat. Moga dipermudahkan dalam segala urusan. InsyaAllah.

5. Membaca Al-Quran


Ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Surah Yusuf - Baik rupa paras mahupun akhlak
Surah Maryam - Senang nak melahirkan anak
Surah Luqman
- Untuk anak yang pintar dan cerdas akal fikirannya
Surah Yaasin
- Untuk anak yang teguh hatinya dan susah nak terpengaruh dengan maksiat
Surah Al-Hujurat
- Untuk memperbanyakkan susu ibu

6. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya
Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunat, sentiasa menutup aurat. Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disnnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Jangan lupa besedekah. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat. 

7. Berakhlak yang baik. 
Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

  • Sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
  • Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam Keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba 
  • Mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
  • Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
  • Jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
  • Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
  • Bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
  • Cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
  • Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat.
  • Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
  • Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil



  • Menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
  • Menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji
  • Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
  • Jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
  • Hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
  • Apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
  • Berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
  • Jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
  • Jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
  • Jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
  • Jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

  • 8. Baca buku-buku berilmiah.
    Perbanyakkan menbaca. Anak dah boleh faham segalanya masa dalam kandungan lagi. Banyakkan menbaca tak kira buku ape pun sebab ia akan mendidik minda anak di dalam kandungan.

    9. Berbual-bual dengan bayi.
    Selalu berbual-bual dengan dia sebab dia memahami apa yang kita rasa. Bapa pun memainkan peranan yang penting. Selalulah usap-usap perut tu. Cakap perkara yang baik-baik. Jangan ceritakan perkara yang tak baik pulak pada baby tu.

    10. Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman.
    Jangan malas ok. Senaman adalah peting untuk ibu mengandung tapi janganlah berlebihan pulak. Buat sekadar mampu. Petang-petang ajak suami teman pusing-pusing taman. Senaman ni adalah untuk elakkan urat kita tegang dan memudahkan ibu masa nak lahirkan anak nanti.

    11. Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya.
    Pastikan segala yg kita makan adalah HALAL dan juga tinggalkan yang SYUBHAH. Pemakanan yang kita makan masa mengandung inilah yang akan menjadi darah daging anak-anak. Pastikan anda makan makanan yg baik-baik sepanjang mengandung. Makan mengikut khasiatnya bukan mengikut nafsu ya. Amalkan makan kurma, kekacang, kismis dan susu. InsyaAllah anak akan mudah di didik.

    12. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
    Kalau berkesempatan pergilah. Majlis ilmu ni tak semestinya kne pergi masjid or surau. Dengar melalui radio, tv pun dikira menghadiri majlis ilmu.

    Itu sahaja amalan yang boleh Hani kongsikan. Sama-samalah kita amalkan. InsyaAllah.

    No comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih. Nanti Free Hani Melawat Blog Korang ok..